Perhatian
Salam untuk semua ahli forum Umranrc
Perhatian kepada semua ahli forum umranrc. Satu persetujuan telah dicapai diantara para admin dan juga moderator forum ini untuk "menggalakkan" ahli forum ini menukar avatar menggunakan gambar sebenar ahli. Ini adalah bertujuan untuk lebih merealisasikan asas penubuhan forum ini iaitu mengeratkan silaturahim antara sesama ahli forum. Dengan menukar avatar kepada gambar sebenar ahli lebih memudahkan kita untuk lebih kenal mengenal antara satu sama lain. Selain itu ahli akan lebih bertanggungjawab terhadap sebarang pos yang dilakukan.
Syarat2:
1. Gambar sendiri dan mestilah jelas. Sekiranya ada laporan ahli menggunakan gambar individu lain tindakan keras akan diambil (dgn niat utk memburukkan ahli lain). 2. Gambar ahli mestilah dalam keadaan yang sopan dan juga tidak menganggu ketenteraman awam. :D paham2 jelah..
Buat masa ini umranrc menggalakkan para ahli utk menukarkan avatar masing2 kepada gambar sendiri dengan niat yang baik demi merealisasikan hasrat forum ini.
Terima kasih... |